Pada 1 Mac 2012, PPKIBP SK Kedai Buloh telah mengadakan terapi jogging dan latihan bertempat di Taman Rekreasi Batu Burok.
Beberapa sebab mengapa terapi jogging dilaksanakan adalah kerana:
* Jogging membantu menguatkan bahagian cecair penyambung otot-otot,
melenturkannya dan menolong mencegah serangan penyakit arteritis apabila
tua.
* Senaman yang kerap akan meningkatkan kuasa dan kekuatan denyutan
jantung dan mengurangkan kemungkinan serangan sakit jantung. Jogging
juga baik, wajar sebagai salah satu senanam diperlukan oleh semua orang
* Jika kita terlalu gemuk, jogging boleh membakar kalori yang tidak diperlukan.
 |
| Kahkahkah..gambar jogging tadak, cameraman sibuk berjogging |
 |
| Aiman |
 |
| Cikgu Sah sedang mengajar cara-cara menggunakan alatan dengan betul. Cikgu PJ hari Khamis ni. |
 |
| jangan salloh pulok, hok paka tudung pink tu cikgu, bukan ketua kelas |
 |
| latihan untuk tumbesaran |
* Kadar denyutan otot kita dapat dipertingkatkan dengan membuat senaman
yang kerap dan ia juga dapat mengurangkan risiko menghadapi kekejangan
atau masalah lain.
* Jika kita menghadapi sistem pencernaan yang tidak baik, pedih hulu
hati atau masalah yang seakan-akan dengannya, senaman yang kerap
dapat membantu menyelesaikan masalah berkenaan dan seterusnya melindungi kita daripada masalah akan datang. Dengan membantu mengurangkan tahap
tekanan, jogging juga boleh menolong mencegah penyakit ulcer.
* Jogging dapat menghilangkan stress
* Jogging adalah salah satu bentuk terapi yang senang dilakukan