Sunday 6 April 2014

Perkhemahan dan Pendidikan Luar

gambar kenangan Jurulatih, Fasilitator dan peserta dari PPKI SKKB dan SKPK
Pada 25 Febuari 2014, PPKI SKKB dengan kerjasama PPKI SK Padang Kemunting, telah mengadakan program Perkhemahan Pendidikan Khas dan Pendidikan Luar di Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu. Program ini dijalankan bagi tujuan untuk mendedahkan murid dengan aktiviti luar yang mencabar, disamping memupuk semangat bekerjasama serta meningkatkan kemahiran sosial dikalangan peserta. Objektifnya pula adalah untuk membentuk sahsiah murid, disiplin, dan meningkatkan keupayaan mental dan fizikal. Setiap aktiviti yang dijalankan pula mempunyai objektif-objektif dan motif yang tertentu yang semuanya dilakukan untuk kepentingan murid. Berikut merupakan dokumentasi bergambar tentang aktiviti yang dilakukan sepanjang perkhemahan 3 hari dua malam.
murid2 khas diajar dan dilatih mendirikan khemah


aktiviti ice breaking

solat jemaah 5 kali sehari semalam sentiasa menjadi teras utama program ini

water confident


aktiviti 'night walk'

aktiviti Malaysia Cergas dan 'morning run' diadakan setiap pagi

pendidikan konservasi

aktiviti rentas halangan

alia @ rentas halangan

aktiviti high rope

aktiviti high rope ialah aktiviti meniti tali

kuliah maghrib setiap malam

malam kebudayaan

Saturday 5 April 2014

Terapi Bowling Lagi

Pada 22 Januari lepas PPKI SKKB telah melaksanakan satu aktiviti terapi iaitu Terapi Bowling. Program ini telah dijalnkan di Kompleks Sukan TER, Kuala Terengganu.Terapi ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar tentang cara menguruskan masalah motor halus dan motor kasar yang dialami oleh kanak-kanak berkeperluan khas.



Terapi fizikal adalah satu latihan rawatan yang digunakan untuk mengubat dan mencegah bagi menyembuh penyakit fizikal tertentu, melalui latihan dan peregangan. Pada masa yang sama, aktiviti terapi ini dapat
mencegah kemungkinan satu keadaan menjadi semakin teruk.Terapi bowling adalah satu fizikal terapi yang penting kepada murid berkeperluan khas bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran motor halus dan motor kasar. Selain itu, terapi bowling membantu murid berkeperluan khas membina keyakinan diri, belajar untuk bersaing dan bekerjasama antara satu sama lain. Terapi bowling amat berkesan kepada murid berkeperluan khas dan biasanya dilakukan di sekolah

 

Terapi Pasir

Pada 22/01/14, PPKI SKKB telah pun mengadakan program terapi pasir. Menurut Malinda & William (2000), terapi pasir merupakan teknik psikoterapeutik yang membolehkan pesakit menyusun objek kecil dalam kotak mengandungi pasir dan membina ‘dunia pasir’ mengikut dimensi dunia realitinya. Antara tujuan program ini diadakan adalah untuk:
1) melatih daya kreativiti murid
2) menghilangkan perasaan marah
3) meningkatkan keyakinan diri
4) menolong mengembangkan daya imaginasi murid-murid seoptimum mungkin
5) percaya kepada diri sendiri untuk mencipta sesuatu


aik macam kucing nok berok je?
Selain itu, aktiviti terapi pasir dipercayai dapat:
1) membantu meningkatkan keupayaan mental, emosi dan kesihatan
2) membantu meningkatkan keupayaan dan kemahiran bertutur dan komunikasi
3) mengurangkan tekanan
4) membantu meningkatkan kemahiran sosial




buat penyu rupanya


hakimi