Terapi fizikal
adalah satu latihan rawatan yang digunakan untuk mengubat dan mencegah bagi
menyembuh penyakit fizikal tertentu, melalui latihan dan peregangan. Pada masa yang sama, aktiviti terapi ini dapat
mencegah kemungkinan satu keadaan menjadi semakin teruk.Terapi bowling adalah satu fizikal terapi
yang penting kepada murid berkeperluan khas bagi membolehkan mereka menguasai
kemahiran motor halus dan motor kasar. Selain itu, terapi bowling membantu
murid berkeperluan khas membina keyakinan diri, belajar untuk bersaing dan
bekerjasama antara satu sama lain. Terapi bowling amat berkesan kepada murid
berkeperluan khas dan biasanya dilakukan di sekolah
Showing posts with label Terapi Boling. Show all posts
Showing posts with label Terapi Boling. Show all posts
Saturday, 5 April 2014
Terapi Bowling Lagi
Pada 22 Januari lepas PPKI SKKB telah melaksanakan satu aktiviti terapi iaitu Terapi Bowling. Program ini telah dijalnkan di Kompleks Sukan TER, Kuala Terengganu.Terapi ini
bertujuan untuk mendedahkan pelajar tentang cara menguruskan masalah motor
halus dan motor kasar yang dialami oleh kanak-kanak berkeperluan khas.
Saturday, 11 February 2012
Terapi Boling
Pada 1 Febuari yang lalu PPKIBP SK Kedai Buluh telah mengadakan terapi boling di Kompleks Sukan Terengganu Equestrian Resort. Terapi boling tersebut julung-julung kali diadakan bagi anak-anak istimewa di sekolah ini. Berbagai kerenah aksi dan kemahiran yang ditunjukkan oleh murid-murid, termasuklah juga para guru dan ppm. Rentetan dari kejayaan program tersebut yang membawa kegembiraan dan keseronokan kepada semua warga, satu program terapi boling sesi kedua juga turut akan di adakan di akhir bulan ini.
| Rasyidah |
| ni main boling pesen apa pulok ni? |
| riang selepas bermain boling |
Subscribe to:
Posts (Atom)