Monday 19 March 2012

Terapi Jogging # 1

Pada 1 Mac 2012, PPKIBP SK Kedai Buloh telah mengadakan terapi jogging dan latihan bertempat di Taman Rekreasi Batu Burok.

Beberapa sebab mengapa terapi jogging dilaksanakan adalah kerana:

* Jogging membantu menguatkan bahagian cecair penyambung otot-otot, melenturkannya dan menolong mencegah serangan penyakit arteritis apabila tua.

* Senaman yang kerap akan meningkatkan kuasa dan kekuatan denyutan jantung dan mengurangkan kemungkinan serangan sakit jantung. Jogging juga baik, wajar sebagai salah satu senanam diperlukan oleh semua orang

* Jika kita terlalu gemuk, jogging boleh membakar kalori yang tidak diperlukan.
Kahkahkah..gambar jogging tadak, cameraman sibuk berjogging

Aiman

Cikgu Sah sedang mengajar cara-cara menggunakan alatan dengan betul. Cikgu PJ hari Khamis ni.


jangan salloh pulok, hok paka tudung pink tu cikgu, bukan ketua kelas

latihan untuk tumbesaran

* Kadar denyutan otot kita dapat dipertingkatkan dengan membuat senaman yang kerap dan ia juga dapat mengurangkan risiko menghadapi kekejangan atau masalah lain.

* Jika kita menghadapi sistem pencernaan yang tidak baik, pedih hulu hati atau masalah yang seakan-akan dengannya, senaman yang kerap dapat membantu menyelesaikan masalah berkenaan dan seterusnya melindungi kita daripada masalah akan datang. Dengan membantu mengurangkan tahap tekanan, jogging juga boleh menolong mencegah penyakit ulcer.

* Jogging dapat menghilangkan stress

* Jogging adalah salah satu bentuk terapi yang senang dilakukan

No comments:

Post a Comment