Sunday 12 February 2012

Sambutan Maulidur Rasul

Sekitar acara sambutan Maulidur Rasul 1433H peringkat sekolah. Murid-murid khas turut menjayakan program tersebut. Gambar menceritakan segalanya
Hakimi



Azri dan Haris

Riduan (pioh besor)

Murid-murid PPKIBP mewarna poster

Hakim juga turut serta berarak

Alif memegang sepanduk

Asraf dan Aina mewatna di kelompok murid-murid perdana


Aina dan kawan-kawan menerima hadiah pertandingan mewarna poster

Saturday 11 February 2012

Terapi Boling



Pada 1 Febuari yang lalu PPKIBP SK Kedai Buluh telah mengadakan terapi boling di Kompleks Sukan Terengganu Equestrian Resort. Terapi boling tersebut julung-julung kali diadakan bagi anak-anak istimewa di sekolah ini. Berbagai kerenah aksi dan kemahiran yang ditunjukkan oleh murid-murid, termasuklah juga para guru dan ppm. Rentetan dari kejayaan program tersebut yang membawa kegembiraan dan keseronokan kepada semua warga, satu program terapi boling sesi kedua juga turut akan di adakan di akhir bulan ini.

Rasyidah



ni main boling pesen apa pulok ni?

riang selepas bermain boling


Kebun #1


bersama-sama membuat batas (orang Terengganu panggil paut rong)

Perkebunan adalah  salah satu tajuk yang terkandung dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Namun demikian aktiviti berkebun yang diadakan ini bukanlah semata-mata untuk memenuhi sukatan pelajaran, bahkan ia dijalankan untuk memberi pendedahan kepada murid tentang satu aspek dalam menjalani kehidupan untuk masa sekarang dan masa-masa akan datang terutama apabila mereka sudah dewasa nanti. Aktiviti berkebun ini akan dijalankan sepanjang masa dan ia merupakan salah satu projek kelas yang diharapkan memberi menafaat kepada murid.


 
gambar atas: murid dan guru bergotong royang mengerjakan kebun
gambar bawah: kelihatan Azri sedang memecahkan polibag lama untuk mendapatkan tanah

 Selain daripada itu, aktiviti ini juga dapat memberi manfaat kesihatan kepada mereka yang melakukannya kerana aktiviti ini memerlukan pergerakan badan. Elemen-elemen pergerakan asas dalam pendidikan jasmani dan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dalam Kemahiran manipulatif secara tidak langsung merentasi aktiviti berkebun ini.

Buat masa sekarang kelas PPKIBP baru sahaja menanam jagung. InsyaAllah kebun akan di perluaskan dengan tanaman-tanaman lain juga. Dan untuk sesi 2012 ini, kami baru sahaja bermula. Berikut merupakan gelagat-gelagat guru, ppm dan murid dalam sama-sama menjayakan aktiviti ini.

 "orang lain buat kerja! saya nak jadi mandur kejap" kata Arih

 batas yang berjaya disiapkan

 Hakimi sedang menunjukkan kemahiran 'meleros' rumput haha

 ini dinamakan budi

"... dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu;..." - Al Baqarah 2:22












Latar Belakang Program

SEJARAH PENUBUHAN

Program Pendidikan Khas Integrasi Bermasalah Pembelajaran SK Kedai Buloh telah ditubuhkan pada Januari 2009 dengan 4 orang murid dan seorang guru. Pada awal penubuhan, kesemua murid ini yang berusia 9-12 tahun didaftarkan semula ke sekolah setelah tercicir beberapa tahun ekoran masalah pembelajaran yang dihadapi lantaran menyukarkan mereka mengikuti pelajaran di aliran perdana.

PPKIBP KINI

Hasil usaha keras semua pihak, kini (2012) terdapat 23 0rang murid telah berjaya meneruskan alam persekolahan dan menunjukkan prestasi yang membanggakan sebagai murid istimewa yang berhak mendapat pendidikan seperti juga murid normal. Untuk mendidik insan istimewa ini, sokongan dan dokongan semua pihak adalah penting. Pihak sekolah sentiasa prihatin terhadap keperluan murid istimewa agar mereka dapat meningkatkan potensi diri menjadi insan yang berguna suatu masa nanti.

SEKILAS PANDANG

SK Kedai Buloh adalah sebuah sekolah yang terletak di pekan kecil Kedai Buloh. Murid PPKIBP adalah anak-anak penduduk di 5 buah kampung sekitar sekolah. Taraf ekonomi keluarga murid juga adalah sederhana dan rendah. Oleh kerana itu, 95% murid adalah penerima bantuan Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin. Kesemua murid PPKIBP juga adalah penerima Rancangan Makan Tambahan di sekolah. Murid-murid ini tergolong dalam kategori miskin dan miskin tegar dengan pendapatan perkapita RM65-RM85. Mereka memerlukan sokongan dan perhatian yang lebih serius daripada semua pihak agar semua murid istimewa ini tidak terpinggir dari arus kemajuan negara. Latarbelakang keluarga yang daif juga membataskan murid istimewa ini dari menerima pelbagai pengalaman hidup yang membantu perkembangan mereka. Ada di kalangan murid yang tidak pernah ke mana-mana selain ke sekolah. Malah ada yang tak pernah sampai ke pantai atau bermain di taman permainan sehinggalah mereka belajar di PPKIBP. Atas kesedaran inilah, sekolah telah merancang pelbagai aktiviti sepanjang tahun termasuk lawatan sambil belajar dengan harapan, murid istimewa ini tidak ketinggalan dan mampu menimba seberapa banyak pengalaman sebelum melangkah ke sekolah menengah pula. Diharap murid PPKIBP tidak tercicir dari kecemerlangan pendidikan dan tidak terpinggir dari kemakmuran negara. Segala usaha semua pihak diharap dapat membentuk murid istimewa ini menjadi insan yang cemerlang di dunia dan akhirat dan mampu menjadi aset kepada Negara Malaysia yang Gemilang