Saturday 5 April 2014

Terapi Bowling Lagi

Pada 22 Januari lepas PPKI SKKB telah melaksanakan satu aktiviti terapi iaitu Terapi Bowling. Program ini telah dijalnkan di Kompleks Sukan TER, Kuala Terengganu.Terapi ini bertujuan untuk mendedahkan pelajar tentang cara menguruskan masalah motor halus dan motor kasar yang dialami oleh kanak-kanak berkeperluan khas.



Terapi fizikal adalah satu latihan rawatan yang digunakan untuk mengubat dan mencegah bagi menyembuh penyakit fizikal tertentu, melalui latihan dan peregangan. Pada masa yang sama, aktiviti terapi ini dapat
mencegah kemungkinan satu keadaan menjadi semakin teruk.Terapi bowling adalah satu fizikal terapi yang penting kepada murid berkeperluan khas bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran motor halus dan motor kasar. Selain itu, terapi bowling membantu murid berkeperluan khas membina keyakinan diri, belajar untuk bersaing dan bekerjasama antara satu sama lain. Terapi bowling amat berkesan kepada murid berkeperluan khas dan biasanya dilakukan di sekolah

 

No comments:

Post a Comment