Saturday 26 May 2012

Chuu Chuur..

LAWATAN KE KUALA LUMPUR BERSAMA KTMB


Maklumat Lawatan

Tarikh: 22 Mei -25 Mei 2012

Perjalanan : SKKB----Stesen KTMB Tanah Merah----Kuala Lumpur
                  Kuala Lumpur----Stesen KTMB Tanah Merah---SKKB

Menginap: Dalam Keretapi
                Hotel Putra Muda, Chow Kit Road

Destinasi

Pusat Sains Negara
Aquaria KLCC
Muzium Negara
Menara Kuala Lumpur
Pusat Membeli Belah Sogo
Jalan TAR/ Jalan Masjid India
Putrajaya
I City Shah Alam
Menaiki LRT Putra dari KLCC Ke Stesen Bangsar



















Wednesday 9 May 2012

Projek Ternakan Itik

Dalam HSP Kemahiran Hidup Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Sekolah Rendah & Menengah terdapat satu tajuk khas pemeliharaan haiwan. Lebih spesifik, kandungan 5.5.1 adalah menternak haiwan. Selaras dengan HSP tersebut dan selari dengan apa yang ingin dilihat supaya wujudnya satu program satu industri, PPKIBP SKKB telah memilih itik sebagai haiwan ternakan dan peliharaan serta industri sekolah. Dengan wujudnya projek ini, keseluruhan kandungan dan objektif khusus unit 5 dalam HSP tersebut dapat diaplikasikan sepenuhnya. Selain itu ia bermatlamat untuk mendedahkan murid dengan pengetahuan dan kemahiran asas pemeliharaan haiwan disamping dapat mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran yang diperolehi ke dalam kehidupan harian yang sebenar dan sebagai pendedahan kerjaya pada masa kelak.

Diharapkan projek ini akan kekal berterusan dan berjaya.

day 1
11 ekor anak itik baby
Maklumat Projek;

Jenis itik: Itik Telur (Siam)

Anak itik pertama dibeli sebnayak 11 ekor pada 18 April
Anak itik tambahan dibeli sebanyak 19 ekor pada 26 April
Reban (rumah anak itik berteduh) berukuran lebih kurang 5m panjang x 2.5 meter lebar
Kawasan ladang ternakan (rumah besar itik) lebih kurang berperimeter 50m

murid-murid sedang melakukan aktiviti pembersihan di dalam kawasan ladang ternakan

bersih kawasan luar juga

kawasan ini akan jadi rumah itik bila besar nanti
dalam reban
lelaki perempuan sama-sama bekerja

" Dan sesungguhnya pada binatang ternak itu benar-benar terdapat pelajaran bagi kamu....al ayat" - An- Nahl 16: 66.