Showing posts with label pendidikan luar. Show all posts
Showing posts with label pendidikan luar. Show all posts

Sunday, 6 April 2014

Perkhemahan dan Pendidikan Luar

gambar kenangan Jurulatih, Fasilitator dan peserta dari PPKI SKKB dan SKPK
Pada 25 Febuari 2014, PPKI SKKB dengan kerjasama PPKI SK Padang Kemunting, telah mengadakan program Perkhemahan Pendidikan Khas dan Pendidikan Luar di Pantai Tok Jembal, Kuala Terengganu. Program ini dijalankan bagi tujuan untuk mendedahkan murid dengan aktiviti luar yang mencabar, disamping memupuk semangat bekerjasama serta meningkatkan kemahiran sosial dikalangan peserta. Objektifnya pula adalah untuk membentuk sahsiah murid, disiplin, dan meningkatkan keupayaan mental dan fizikal. Setiap aktiviti yang dijalankan pula mempunyai objektif-objektif dan motif yang tertentu yang semuanya dilakukan untuk kepentingan murid. Berikut merupakan dokumentasi bergambar tentang aktiviti yang dilakukan sepanjang perkhemahan 3 hari dua malam.
murid2 khas diajar dan dilatih mendirikan khemah


aktiviti ice breaking

solat jemaah 5 kali sehari semalam sentiasa menjadi teras utama program ini

water confident


aktiviti 'night walk'

aktiviti Malaysia Cergas dan 'morning run' diadakan setiap pagi

pendidikan konservasi

aktiviti rentas halangan

alia @ rentas halangan

aktiviti high rope

aktiviti high rope ialah aktiviti meniti tali

kuliah maghrib setiap malam

malam kebudayaan

Friday, 13 September 2013

On September

adik Nur Aqilah- calon UPSR 2013
1. Pada 10 hingga 12 September, seorang daripada murid PPKI SKKB iaitu adik Nur Aqilah telah menduduki peperiksaan UPSR. Guru-guru mendoakan semoga beliau berjaya.. amin



2. Program pendidikan luar di Hutan Lipor Sekayu pada 10 September. Antara pengisian aktiviti adalah seperti berikut;
  • ikatan dan simpulan
  • pedoman hidup
  • barbeque
  • mandi
 
 

 

3. Kenderaan awam dan  sekeliling (11 September). Murid diperkenalkan dengan pengangkutan awam tradisi masyarakat kampung Seberang Takir. Murid mencuba menaiki kenderaan tersebut dan menguruskan transaksi sendiri. Murid juga dibawa ke Bukit Puteri untuk meninjau dan melihat sendiri pemandangan bandar Kuala Terengganu dan kawasan perkampungan sekitar dari atas sana.

4. Terapi jogging dan aktiviti menunggang kuda pula telah berlangsung pada 12 September. Untuk acara terapi jogging, ia diadakan di Taman Rekreasi Kuala Ibai manakala acara menunggang kuda diadakan di TER dengan dibantu oleh seorang Jurulatih yang juga merupakan ETA sekolah iaitu Ms Caithlin



p/s:
1. more photos and stories of horse riding, the outdoor activities etc at our facebook on https://www.facebook.com/ppkibp.skkedaibuloh 
 

2.  we've missed to share some of the great momment we've done previously on jan-aug. :(