bersama-sama membuat batas (orang Terengganu panggil paut rong)
Perkebunan adalah salah satu tajuk yang terkandung dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup. Namun demikian aktiviti berkebun yang diadakan ini bukanlah semata-mata untuk memenuhi sukatan pelajaran, bahkan ia dijalankan untuk memberi pendedahan kepada murid tentang satu aspek dalam menjalani kehidupan untuk masa sekarang dan masa-masa akan datang terutama apabila mereka sudah dewasa nanti. Aktiviti berkebun ini akan dijalankan sepanjang masa dan ia merupakan salah satu projek kelas yang diharapkan memberi menafaat kepada murid.
gambar atas: murid dan guru bergotong royang mengerjakan kebun
gambar bawah: kelihatan Azri sedang memecahkan polibag lama untuk mendapatkan tanah
Selain daripada itu, aktiviti ini juga dapat memberi manfaat kesihatan kepada mereka yang melakukannya kerana aktiviti ini memerlukan pergerakan badan. Elemen-elemen pergerakan asas dalam pendidikan jasmani dan pergerakan lokomotor dan bukan lokomotor dalam Kemahiran manipulatif secara tidak langsung merentasi aktiviti berkebun ini.
Buat masa sekarang kelas PPKIBP baru sahaja menanam jagung. InsyaAllah kebun akan di perluaskan dengan tanaman-tanaman lain juga. Dan untuk sesi 2012 ini, kami baru sahaja bermula. Berikut merupakan gelagat-gelagat guru, ppm dan murid dalam sama-sama menjayakan aktiviti ini.
"orang lain buat kerja! saya nak jadi mandur kejap" kata Arih
batas yang berjaya disiapkan
Hakimi sedang menunjukkan kemahiran 'meleros' rumput haha
ini dinamakan budi
"... dan Dia menurunkan air (hujan) dari langit, lalu Dia menghasilkan dengan hujan itu segala buah-buahan sebagai rezeki untukmu;..." - Al Baqarah 2:22